motivation

"orang yang berfikiran besar memperkatakan ilmu, orang yang berfikiran sederhana memperkatakan peristiwa, orang yang berfikiran rendah memperkatakan manusia, orang yang berfikiran cetek memperkatakan diri mereka"
9 muharram 1435 - 13hb 11 2013 bersamaan hari rabu.

BERKAWAN MENURUT IMAM AL-GHAZALI :

Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.